Ahad, 2 Januari 2011

EPISOD 1 - TETAPKAN PENDIRIAN

2/1/2011 jam 1:54pm mula perah otak 




untuk kali kedua aku nak keluarkan atau luahkan apa yang ada dalam OTAK ni. Kena paksa keluarkan jugak agar tidak berkarat dlm otak ni. Ni baru balik dari hantar si kecik amek gambar utk sekolahnya. aduyai punya la susah sampai bergaduh dgn wife aku. Malu dia punya la tahap gaban smpi 3 kali SCREEN TEST.. huhuhuhu tolon..
eh, apa pulak aku lalot. ala biasala.. nk amek mood utk memulakan BEBELAN dan LUAHAN HATI ni. ni dari pagi tadi otak duk menerjah ntah kemana-mana ntah. cuma secara TEPAT nya aku memikirkan ini tahun 2011 aku nk kemana. dah kepala aku SARAT dengan perangai budak2 remaja yang bercita-cita nk jadi JUTAWAN, tapi perangai mcm SYAITAN. owh tolong lah adik-adik, belajarlah ADA RASA TANGGUNGJAWAB pada diri sendiri.


tak perlulah, aku nk menyemakkan masalah-masalah mereka. yang aku tahu mereka ni semua DAH BERSUNAT. dah akil baligh pun, pepandai lah mereka mencorakkan hidup mereka. wlupun x semua yang ada masalah ATTITUDE, tapi ni lah generasi sekarang yang ANGAN je menggunung tapi IMPIAN MASIH di kaki bukit. setakat nk panjat GUNUNG NUANG, tapi bekalan tak di bawa mcm mana nak makan?? fikirlah sendiri, apa pun TINDAKAN yang baik atau TIDAK BAIK... pastikan lah BEKALAN itu sentiasa di persiapkan.
lagi sekali, aku menyaratkan kepala aku PERIHAL UMMAT ni. buang!!!! DELETE!!! REMOVE!!!... FUHHHH lahanat korang pergi main jauh-jauh. bodoh tak reti nak di ajar.. lagi bangang manusia yang ada akal.


STRAIGHT TO THE POINT, utk 2011 aku menginginkan :-

1. TENANG
Aku perlukan ketenangan untuk melakukan satu tindakan atau keputusan yang memberikan manfaat pada diri aku. Tenang bukan berarti mendiamkan diri. aku usaha utk cari ketenangan dimana sahaja dengan apa cara sekali pun...

2. SENANG
Tiada siapa yang tidak mahukan kesenangan. aku sendiri mengimpikan agar segala yang aku URUSKAN akan menemui jalan kesenangan. baik dari segi apa pun agar segala urusan di permudahkan. ye mudah kan... tapi bukan senang....
3. MENANG
Kemenangan adalah satu kepuasan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. dengan kemenangan ini lah yang dpt memberikan kita satu MOTIVASI yang lebih hebat utk kita melangkah lebih jauh. setiap games yang aku tempuhi akan ku pastikan KEMENANGAN itu berpihak kepada aku. utk apa memberikan kemenangan kepada orang lain. sedangkan kita sebenarnya LAYAK utk di hargai.

4. KENYANG
hahaha, yang ini mungkin ramai yang silap tafsir apa yang aku maksudkan. Kenyang pada aku bukan lah berarti MAKAN KENYANG2... yang aku maksudkan adalah, biarlah setiap kemenangan yang kita perolehi BIARLAH BERBALOI dengan apa yang telah kita usahakan. SBB NAFSU manusia tidak pernah cukup utk di penuhi. dengan KEKENYANGAN inilah dapat memberikan kita satu kepuasan yang boleh di kongsikan dengan sesiapa pun yang LAYAK KITA BERIKAN...
5. KENANG (IBADAH)
Bila dah perolehi Tenang, dah alami Kesenangan dan hanya menggunakan REMOTE utk MENANG maka DAH TIBA untuk aku MENGENANGkan kembali diri kepada IBADAH.. dengan IBADAH inilah dapat memberikan cukup KEPUASAN pada diri sendiri. bukan dunia yang aku kejar sebenarnya,, tapi sebuah kehidupan yang ABADI nanti... insyaALLAH




pergh panjang pulak BEBELAN ini, namun inilah yang perlu aku PERTERJEMAHKAN pada blog ini utk memantapkan lagi SKILL yang aku ada. bukan COPYRIGHT dari mana2 pun.. ini adalah diri aku. IDEA dan ILHAM datang ketika KOPI SECAWAN di hidangkan.. hahaha

dari segi DUNIAWI... utk episod seterusnya.. akan ku gambarkan apa yang aku INGINKAN.... dan insyaALLAH dlm blog ini juga aku cuba IMPLEMENTkan apa jua ilmu yang ada dlm diri ini.. tiada apa yang aku harapkan. cuma mohon agak dapat di pelajari oleh GENERASI YANG MALAS utk perbaiki diri kamu. sedarlah perjalanan yang MASIH jauh lebih menyiksakan DARI jalan SHORTCUT...

KITA, tidak dilahirkan utk memperolehi kesenangan.. namun kita ada HAK utk menikmati kesenangan itu.. dengan apa cara?? itu atas diri sendiri yang mencorakkan warna hidup MEMASING.. 

baik lah, kesimpulanya apa yang ingin aku sampaikan ialah.. TETAP KAN PENDIRIAN diri sendiri.. jadilah diri kamu, dan bukan ikut2 cara orang.. BINA kredibiliti diri sendiri agar dipandang MULIA. wlupun perangai mcm SYAITAN.. sbb antara KITA n ALLAH itu adalah urusan ALLAH.. bukan orang lain yang menentukan HAK KITA. 

TETAPKAN PENDIRIAN...... ITULAH FAKTOR KEJAYAAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan