Ahad, 9 Januari 2011

MILO MAMAK vs MILO MC DONALD...

9/1/2011, jam 12.33pm, lokasi dalam freezer...


salam semua, baru je balik dari bandar baru puchong... tgh otw balik sebelum simpang EQUINE, si kecik alya ni tiba terjerit.. "YAHHH,,, MC DONALD..." alahai cemana la SIGNBOARF MC-D ni bosar sangat... dari jauh anak aku dah nampak.. mmg handal dorang ni ATTACK anak aku... hantu hantu...


maka, dengan itu terpaksalah aku pasang signal kiri masuk laluan ker MCd ni ha.. aduyai dlm kepala fikir apalagi yang dia nak POWW ni.. biasanya MAINAN jadi menu utama.. mmg x leh nk larik dah ni.. masuk lorong drive thru, dia dh ckp nak menan, nugget dan MILO AIS... ya ALLAH, tadu break1st dah kau sebat milo ais.. ni kat mcD pun kau sebat jugak RASA YANG SAMA... yer la kan,, kanak-kanak mmg kepala mereka ni dh setting MILO AIS ni mcm minum air kosong jer.....



ni, aku tgh layang lagu GARY MOORE "parisenne walkway" sebuah lagu yang cukup banyak memberikan aku sebuah kenangan yang terindah... oits dah lari tajuk lagi.. sambung balik..


maka, kasihnya ayah kepada anak ni dengan apa cara sekali pun ku penuhi kehendaknya... order punya order mak aii.. BILL RM36.00 fuuyyyyoooooo baguihhhh.... maka aku pun bayar laaa... si alya ni punya la suka bila dpt HAK DIA sebagai seorang anak... yang lain pun dapat juga. huhuhu.. dlm otw balik tu.. sempat aku lihat resit,, satu-satu aku lihat.... terpandang aku harga utk MILO AIS RM 4.10.... hahahaha ni tak masuk TAX lagi ni... hehehe... 


bukan, aku nak berkira tapi aku perlu buat KIRA-KIRA dan bandingkan dengan MILO AIS yang anak aku minum pagi tadi harganya RM2.00 ajer... brand yang sama iaitu MILO.. ais yang sama... saiz yang sama... dan quality pun sama.. tak tahu lah kalau MILO MCD ni diambil dari AMERIKA ke apa ker..... tapi MILO TETAP MILO.... huhuhu... rasanya korang faham la kan apa nk aku smpi kan ni... cuma aku ni KUPAS sikit PERIHAL tentang harga yang berbeza ni...


sebenarnya, kita semua sedia maklum untuk dapat kan sesuatu SERVICE yang tip top kita perlu bayar dengan nilai yang tinggi dan berbeza.. itu atas PILIHAN kita sebenarnya.. maka jangan la di pertikaikan MAHAL ke MURAH... yang sedehnya.. bila warung melayu jual nasik lemak letak harga MILO AIS RM2,.50,, maka kosong la kedai tu kan kan kan.... sedangkan itu bukan nya ORANG ASING.. yang kita nk boikot APABILA meletakkan harga yang tinggi.... sedangkan MAMAK dan MCD ni ORANG LUAR,, maaf terpaksa aku katakan ORANG LUAR pada mereka ini.. dah sememangnya mereka ni ORANG LUAR.. 


apa, teruk sangat ke SERVIS orang melayu.. sedangkan masakan melayu memang sedap... apa salahnya KITA bayar sedikit dengan harga yang mahal sekiranya kita puas hati dengan masakan dan layanan mereka ni kepada kita.. yang tak mesra alam ni, biasanya kedai melayu yang pekerja nya ENDON.. mcm senyum kena paksa atau kena marah dengan BOSS... hahaha ada jugak kes mcm ni.... mmg ada la.. mcm aku pernah makan kat FOOD COURT the mall.. ada seorang makcik ni... jual LAKSA KUALA PERLIS.. perghhh "TEMAN" aku kata mmg sedap.. siap TAPAU lagi tu... kita puas hati dan byr lebih sssiiikkkiiittttt pun x apa kan...


aik, apa pasal kuar cerita LAKSA ni.. aku punya TITLE milo la dolllll.... ok, milo mamak harganya RM2.00 sedangkan MCD RM4.10.. sekali ganda bezanya tu broooooo n sisssss..... apa kita tak sedar atau kita buat-buat tak sedar... maka dalam isu ni.. apabila kita berjumpa dengan produk keluaran BUMIPUTERA tu,, kalau MAHAL tu support la sikit.. sedangkan produk tu pun ADA KUALITI dan KHASIAT yang sangat2 bagus..... sedangkan MINUM MILO diperkhabarkan boleh mendatangkan penyakit kepada kita suatu hari nanti.... huhuhuhu mana letaknya PENILAIAN kita terhadap PRODUK BUMIPUTERA.... kenapa nk mendewakan produk ORANG LUAR... mereka semua dah KAYA... kenapa nk kita KAYAKAN mereka lagi......


baik lah, rumusannya yang ingin aku sampaikan pada korang... SOKONG LAH PRODUK BUMIPUTERA.. supaya bangsa sendiri jugak yang MAJU nanti... esok kalau TOKEY MELAYU ni dah kaya,,,, maka beralih la pulak kepada produk melayu yang lain.....kan kan kan... DAN yang ada produk ni plak.. jangan la KORANG lupa diri dan ilang ingatan... SERVICE musti mau jaga.. QUALITY musti mau yang TERBAEK..... maka akan BERTERUSAN la consumer menggunakan produk anda... jangan jadi luaran kerepek pisang... bila di bukan kerepek ubi... tu mmg silap korang lahhh... sempat gak aku selitkan KOPI SUPERBEST POWER NI

ok gang, GUNAKANLAH PRODUK KELUARAN BUMIPUTERA.. jangan di kira mahal ke murah.. anggap aje produk yang terbaik harus di berikan nilai yang baik.. itu sahaja....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan