USANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramadhan datang lagi. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita sekali lagi dapat menemui bulan yang penuh barakah ini. Dan tidak lama lagi bulan Syawal yang ditunggu-tunggu pula akan tiba. Sudah tentu kita sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambutnya. Walau apa pun, paling penting jangan dilupakan pemakanan supplemen Usana terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Bagi yang baru tiba saya mengucapkan selamat datang, semoga anda dapat mencari maklumat Usana khususnya dan kesihatan amnya yang anda hajati di sini. Harus diingat jika kita inginkan kejayaan dan kecemerlangan, kita mesti merapatkan diri kita dengan kecemerlangan itu sendiri. Sebagai contoh paling mudah, kita ambil Usana. Saya petik ringkasan sahaja di sini dari kecemerlangan Usana. Dari segi penciptanya Dr Myron Wentz, seorang ahli mikrobiologi yang amat cemerlang. Beliau memenangi anugerah Albert Einstein. Dari segi Produk Usana pula, Essentials memenangi anugerah Brandlaureate selama 4 tahun dari tahun 2007-2010 berturut-turut di Malaysia. Dan akhir sekali dari segi syarikatnya Usana dipilih sebagai "The #1 Distributor's Choice - 8 tahun berturut-turut oleh majalah " Network Marketing Today: The MLM Insider Magazine " - USA. (Nota: ada banyak lagi boleh dituliskan di sini tetapi saya ambil ringkasan sahaja.

Logik yang amat mudah, jika kita mahu berjaya, maka ikutilah mereka yang telah berjaya. InsyaAllah kita akan turut berjaya. Seperti mana jika kita rapat dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan turut wangi. Mudah-mudahan kita akan dapat kejayaan yang kita idamkan.




Kit Jualan Untuk Pengedar USANA

Kepada para pengedar Usana yang ingin mempromosi produk Usana dengan cara yang terbukti berkesan, di sini kami juga menyediakan kit jualan ciptaan kami sebagai alternatif kepada kit jualan rasmi Usana. Kit jualan kami lebih mesra pengguna kepada masyarakat di Malaysia berbanding dengan kit jualan rasmi Usana yang lebih global sifatnya. Merupakan hasil kajian dan ujian yang telah kami jalankan di Software Trading sejak tahun 2008. Buat masa ini kami menyediakan flyer seperti di bawah untuk tempahan. Banyak lagi yang akan menyusul, nanti-nantikan kemunculannya.




MAHU SENANG & MAHU SIHAT? USANA boleh membantu anda





Dompet kering di hujung bulan? Apa? Awal-awal bulan lagi dah kering? Hmm... nampaknya pelan A anda kurang berjaya setakat ini. Apa kata kita cuba pelan B pulak. Fikir apa lagi tu. Klik je link di bawah ni.



Menurunkan Berat Badan Dengan Diet Program RESET USANA




Saudara dan Saudari, Adakah anda mempunyai impian untuk...
 

Sesi Penerangan Rawatan Islam dan Pemakanan Kesihatan Usana Percuma

Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh,

dan Salam Sejahtera buat sahabat-sahabat di mana jua anda berada semoga sihat walafiat dan diberkati Allah SWT.


Usana Softrade Group kini menawarkan sesi penerangan rawatan Islam dan pemakanan kesihatan di bawah kelolaan Yg Bhg Ustaz Haji Syed Shamsuddin secara percuma di surau, pejabat, sekolah atau masjid di kawasan anda. Beliau merupakan perawat yang berpengalaman luas selama lebih 10 tahun, telah menuntut ilmu dan bertugas di pusat rawatan Islam Darussyifa' yang diasaskan oleh Yg Bhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kini beliau menawarkan bantuan serta khidmat nasihat' kepada sesiapa yang mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berlarutan sama ada spiritual mahupun fizikal walaupun sudah mencuba pelbagai cara dan kaedah, Kami mengalu-alukan supaya anda berikhtiar pula dengan cara perubatan Islam yang sah dari segi syarak ini.

Jika anda berminat bolehlah merancang satu slot di masjid atau surau anda selama 20-30 minit sahaja sudah memadai untuk sesi penerangan berkenaan rawatan Islam dan pemakanan kesihatan ini. Contohnya selepas mana-mana solat fardhu, majlis tahlil atau majlis bacaan Yaasiin. Kemudian sesiapa yang mengalami masalah kesihatan boleh tampil untuk sesi rawatan Islam secara percuma ini. Antara tempat-tempat yang telah kami jalankan sesi ini dengan jayanya ialah di Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan kawasan sekitar Kampung Kerinchi.

Tuan-tuan dan puan-puan, gunakanlah peluang yang amat jarang ini sebaik-baiknya dengan segera sementara masih ada. Hubungi saya untuk mengadakan temujanji berkenaan sesi penerangan rawatan Islam dan pemakanan kesihatan ini dan InsyaAllah di mana sahaja anda berada kami akan berusaha untuk memenuhi undangan anda. Sama-samalah kita menjadikan usaha ini sebagai menyahut seruan Allah SWT untuk bertawakkal demi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat setempat. Wallahua'lam.



"Sehingga kini, kepercayaan saya terhadap kemampuan Al-Quran dan USANA di dalam merawat pesakit mengatasi kepercayaan saya kepada doktor dan hospital di dalam merawat apa-apa jua penyakit. Malah saya pernah merawat seorang pesakit yang ada pertalian keluarga dengan saya di mana seorang doktor mengingatkan beliau supaya membuat pembedahan usus yang sedang membengkak. Jika dibiarkan, usus tersebut boleh pecah dan boleh membawa kepada kematian. Alhamdulillah, hanya berbekalkan ayat-ayat- Al-Quran, doa-doa yang diajarkan nabi dan supplemen USANA, pesakit tersebut sembuh hanya dalam masa 1 hari. Ini semua kuasa Allah berkat dengan penggunaan bahan-bahan yang baik lagi halal yang diceritakan oleh nabi.
Sebagai seorang perawat, saya telah merawat pesakit yang menderita berbagai-bagai jenis penyakit. Pengajaran utama yang saya dapat apabila menghadapi pesakit ialah betapa beruntungnya saya kerana Allah tidak menguji saya dengan sakit yang sedemikian. Pada masa yang sama, Allah meletakkan di hati saya derita yang dirasai oleh pesakit. Saya dapat merasakan kesakitan pesakit tanpa menghidap penyakit tersebut. Hal ini membuatkan saya berasa amat simpati kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan membantu merawat mereka yang sakit sedaya termampu." - Ustaz Hj. Syed Shamsuddin, dipetik dari laman webnya di http://sites.google.com/site/usanapot

Gambar Ustaz Sham bersama keluarganya yang tersayang

USANA Nombor 1 di Dunia!

Nutrisearch Comparative Guide To Nutritional Supplements

Pengumpulan dan Kajian Lebih 1,500 Produk Pemakanan Kesihatan di Amerika Syarikat dan Kanada ini Membuktikannya!

Adakah supplemen yang anda makan sekarang tersenarai di dalam buku ini? Jika tidak maka anda perlu risau. Betul-betul risau!! Ini kerana hasil kajian Lyle MacWilliam yang dimuatkan di dalam buku ini mengandungi 500 jenama produk makanan kesihatan terbaik di dunia. Edisi keempat ini adalah yang terkini. Bayangkan dari 1,500 produk makanan kesihatan yang dikaji, hanya 500 sahaja dimuatkan dan di dalam buku ini terdapat hasil kajian yang amat mengejutkan: Tidak semua produk makanan kesihatan sama! Malah macam langit dengan bumi.

Untuk pengetahuan umum ini adalah kajian Nutrisearch sebuah badan bebas yang tidak terikat pada mana-mana syarikat, jauh sekali untuk mempromosi mana-mana produk.
Kajian paling adil dan saksama yang boleh anda percayai. Boleh didapati dengan mudah dari kedai-kedai buku MPH. Apa yang dibuktikan di dalam buku ini? Pertama, Usana didapati mendapat skor yang terbaik 96.1 % di antara semua 1,500 produk makanan kesihatan yang termasuk dalam kajian beliau. (Anda boleh fikir sendiri kalau produk itu tiada dalam kajian, bagaimana kualiti dan tahap keselamatannya). Didapati USANA juga tiada bahan toksin dan mendapat penganugerahan terunggul 5 bintang. Mari kita lihat sendiri graf di bawah yang dipetik dari edisi ke 3 buku ini:



Kita bandingkan pula dengan skor yang didapati oleh produk makanan kesihatan popular yang lain di dalam buku ini:





Penerangan: Graf berwarna kuning menunjukkan kehadiran toksin. Kalau graf kuning tu tinggi sehingga berwarna merah, maka kandungan toksinnya teramat tinggi! Bagaimana dengan produk makanan kesihatan yang anda sedang gunakan pula? Beranikah anda menutup sebelah mata sahaja dan memperjudikan kesihatan anda kepada produk makanan kesihatan lain yang belum diuji? Saya cadangkan anda dapatkan buku ini sekarang juga!

“Setelah 6 tahun mengkaji, meneliti ribuan produk suplemen, kesimpulan saya, produk USANA menetapkan tahap piawaian terbaik bagi kualiti pemakanan.”
—Lyle MacWilliam, Bsc, MSc, FP bekas Ahli Parlimen Canada dan Ahli Legislative Assembly British Columbia


Klik di sini untuk mengetahui mengapa USANA terbaik untuk kesihatan kita

Testimonial USANA Terkini

Puan Yasma Shahaliza: Masalah Resdung/Sinus
Rujukan: Dipetik dari blog Kesihatan Sebenar; http://sihatdiri.blogspot.com

Assalamualaikum semua yang sudi membaca blog ini….
Tujuan saya adakan blog ini sekadar ingin berkongsi.. pengalaman saya… selama saya menyertai USANA HEALTH SCIENCES….

Pada Julai tahun 2008 saya diperkenalkan dengan produk USANA oleh seorang kawan pada mulanya saya menolak memandangkan berbagai produk kesihatan yang ada dipasaran dan saya rasakan ini adalah sama saja….. tapi bila kawan syorkan sya makan untuk 10 hari saya terima sekadar menjaga hati….
Supplement tu disimpan selama 5 hari dan tak diusik…. Tetapi masa tu saya ada masalah sinus yang teruk juga…..pun begitu masih tak terlintas untuk mencuba….
Sampailah suatu hari kawan saya datang ke rumah (ada udang sebalik batu la tu saya kata) tapi tak pa, saya jemput dia masuk…. Dan dia tunjukkan saya beberapa fakta yang membuatkan saya rasa…. Tak rugi saya cuba ….selepas dia pulang saya terus mencuba… mak ai susahnya nak telan kata hati saya… yelahkan buat separuh hati…
Masuk hari ke 3, saya dapat rasakan perbezaan… hidung saya terasa sakit sangat….dan keesokan harinya.. lendir yang pekat dan berwarna hijau keluar dari hidung saya….
Selepas tu terasa lapang sangat…..sewaktu bernafas…dan hari kelima pula keluar pula ketulan nanah berwarna coklat sebesar biji lada…Ya Allah apa semua ni dari mana dia datang? Detik hati saya…
Terus saya call kawan saya dan ceritakan pengalaman saya selama 5 hari tu… dia kata tahniah sebab Usana dah keluarkan kotoran yang tersimpan dalam rongga hidung awak.
Saya dapat rasakan perbezaan yang saya tak pernah rasakan ketika makan produk lain…

Hari seterusnya berkongsi la pula cerita dengan member yang turut ada sinus…malah dia memang kritikal sebab sebulan lagi nak kena buat operation…sinus tu…
Dia hanya mencuba sehari saja dalam pukul 6 petang, pada pukul 3 pagi dia terpaksa bangun kerana terasa sesak nafas, terasa ada sesuatu block dalam hidung.. sungguh tak disangka… lendir yang pekat dan banyak meleleh keluar dari hidung….
Turut dikuti dengan ketulan nanah…
Seminggu selepas amalkan USANA dia dah boleh hidu kari yang dia masak.. sedangkan sebelum ni dia dah tak ada deria bau….
Inilah permulaan saya bersama USANA. Sehingga hari ini berbagai pesakit yang saya temui…. Setelah mencuba USANA dan dengan izin Yang Maha Esa kini mereka semakin pulih…

Sekadar pesanan janganlah tunggu sehingga terlantar baru kita nak mencari ubat apa salahnya jika jadikan satu amalan mengambil supplement.. kerana zat dari makanan seharian kita tak pernah pun mencukupi…..apa erti wang bergudang kalau kesihatan kita abaikan, kerana kekayaan sebenar itu adalah kesihatan yang sempurna…..

Webmaster: Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Pn Shahaliza kerana sudi memberi kebenaran kepada Laman Web Usana Malaysia untuk memaparkan testimoni beliau. Untuk membaca testimoni yang lain sila klik di bawah:
Klik di sini untuk testimoni pengguna USANA yang lain

Fokus Personaliti USANA

"Saya Suka Bercakap Tentang USANA"
 
Annie Low bukanlah seorang wanita yang biasa, kerana sebelum beliau menyertai USANA, beliau adalah seorang model kecantikan, pernah bekerja sebagai model, berlakon di dalam iklan TV dan tampil dalam beberapa iklan akhbar, malah pernah mengoperasikan perniagaan spa. Tetapi tidak satu pun antara kerjaya yang disebutkan tadi memberinya kepuasan yang beliau cari sehinggalah dia menemui USANA.
"Saya masih seorang yang sibuk hari ini, tetapi ia adalah kerana saya sibuk berjumpa dengan orang dan berkongsi dengan mereka tentang USANA. Ia adalah suatu perasaan yang hebat untuk mengetahui bahawa bukan sahaja kehidupan kita telah berubah, tetapi kita juga boleh membantu merubah kehidupan orang lain kepada yang lebih baik melalui USANA!" ujar Annie yang tampak ceria.
"Saya bercakap tentang USANA setiap masa. Tidak kira sama ada orang tidak berminat untuk mendengarnya atau menolaknya untuk beberapa kali, sebab yang utama sekali ialah orang ramai perlu mengetahui betapa pentingnya kesihatan dan USANA boleh membantu mereka untuk mencapainya."
Mereka yang mengenali diri Annie akan memberitahu bahawa beliau adalah seorang yang sangat bersemangat tentang USANA. "Saya bercakap tentang USANA setiap masa. Tidak kira sama ada orang tidak berminat untuk mendengarnya atau menolaknya untuk beberapa kali, sebab yang utama sekali ialah orang ramai perlu mengetahui betapa pentingnya kesihatan dan USANA boleh membantu mereka untuk mencapainya," komen beliau.
Annie menggemari sukan, pada masa lapang beliau suka memasak dan menjemput rakan-rakannya untuk jamuan makan. Selain itu, beliau suka membeli belah dan berkaraoke. "Saya juga gemar bergaya dan menjaga penampilan diri sebab saya percaya imej diri adalah penting. Anda tidak mahu dipandang tidak baik pada pandangan pertama seseorang bukan?" katanya.
Semenjak mengambil produk-produk USANA, Annie merasa lebih sihat dan cergas. "Produk-produk USANA adalah mengkagumkan, dan saya mempunyai kepercayaan terhadap produk-produknya setiap kali saya berkongsi mengenai produk-produk tersebut." Selain itu, beliau mengatakan bahawa pendapatan peribadinya telah meningkat dengan kadar yang tinggi. Walaupun ketika sedang bercuti untuk seminggu, beliau masih dapat menghasilkan pendapatan. "Inilah perniagaan yang membolehkan anda untuk berterusan menikmati kebebasan kewangan pada setiap masa. Ia adalah perniagaan yang direka untuk saya dan anda!" ujar beliau. Annie juga bergiat secara aktif dalam kerja-kerja amal. Mendermakan wang kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.
Dengan bertambahnya bilangan pengedar yang menyertai USANA, Annie ada nasihat yang berguna untuk mereka, "Apabila anda menyertai USANA, jelas sekali anda mahu melakukan perubahan di dalam kehidupan anda. Jangan reka alasan untuk diri anda. Ambil setiap peluang yang ada dan sentiasa berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang USANA. Hadir dalam setiap aktiviti dan latihan, dan bantulah orang lain dengan hati yang ikhlas. Cintai perniagaan anda dan ingatlah bahawa tujuan utama USANA adalah untuk mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. KIta mesti bersabar, tetap dan berusaha keras dengan sikap yang positif. Teruskan mencuba sehingga berjaya dan belajar dari peneraju-peneraju USANA yang telah beroleh kejayaan."
Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada penajanya Wendy Wu, Amy Wang, Ye Feng, Steven Chen dan Wang Bai Lu kerana tunjuk ajar mereka; Yurko Ng, Pan Chu Hwa dan Chantel Liew kerana usaha dan sokongan mereka; dan keluarga beliau sendiri terutama ibunya yang telah membantu menjaga anaknya ketika beliau sibuk di luar mempromosikan USANA. "Harapan saya adalah untuk maju ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan dan mendapat lebih kebebasan masa untuk anak dan mereka yang tersayang!"
Perjalanan USANA Annie Low:
Menyertai USANA pada 6 September 2007
Silver Director pada 5 April 2008
Gold Director pada 21 Jun 2008
Ruby Director pada 11 Oktober 2008
Emerald Director pada 27 Jun 2009