Selasa, 11 Januari 2011

EPISOD 6 - Anak Aku Alya Pengubat DUKA....

11/1/11, jam 11:17am, lokasi rumah...... (tarikh yang cantik....)


salam pagi, semoga sihat semua dan sihat anak aku... utk mood kali ni terus terang aku katakan mmg agak KACAU... jiwa sedang kacau dengan situasi anak aku NUR ALYA HANI.. masih belum lagi ada tanda-tanda perubahan... aku MOHON pada mu ALLAH, hilangkan lah kesakitan anak kesayangan ku ini....


makin, dilayan perasaan ni kang jadi GILA aku jadinya. baik aku coretkan serba sedikit apa yang bermain dalam hati dan benak ku ni.. kepada mereka yang TERBACA episod ini, minta maaf kalau kisah kali ni terlalu ringkas, terlalu panjang, ntah apa-apa ntah dan apa-apa lagi lah.. sbb mcm biasa aku hanya membebel ikut apa yang datang secara spontan.. bukan aku CREATE atau awal2 aku dah LIST KAN apa nk di tulis... mcm episod-episod sebelum ni pun apa yang aku coretkan adalah spontan... bukan nk tunjukkan BAKAT.. sekadar nak berkongsi BERKAT..


NUR ALYA HANI, anak perempuan aku kini berusia 5 tahun... ISNIN yang sudah beliau dah masuk sekolah TADIKA.. hari pertama sekolah, ibu-bapa mana yang tak risau. mcm tu jugak dgn aku, risau jugak kalau perangai dia mcm HERO2 aku dulu.. habis smpi baju aku koyak pun ada dulu... namun, cukup aku hairan si ALYA ni mmg cool dan mudah sesuaikan diri dengan persekitaran... hehehe.. tapi.... hati aku masa tu TAK SELESA, bila dia berjalan tak berapa lancar. kaki dia sakit sejak bangun tidur pagi tu.. jam 10.30 wakut tu aku pun tgglkan dia di skolah dan pesan dengan dia "AYAH AMBIL NANTI YEA".. dia kata OKEYYYYYYY... dengan riang. agak nya korang pun tahukan kanak2 yang LINCAH dan PETAH mcm mana gayanya.., dlm FB aku ada 1 klip video dia main GUITAR.... tgk lah kalau sudi...


jujurnya, waktu ni jam 11.31pm mata aku tetiba jer bergenang... (bukan nk mintak simpati sesiapa yeaa).. dan sejak mlm tadi sentiasa aje teringatkan  KISAH KELAHIRAN alya yang cukupTRAGIS. beliau di lahirkan dengan tidak cukup bulan (bulan ke 8).. mmg kritikal.. ingat lagi balik dari makan satay dan WIFE aku ckp tak sihat.. terus aku bawa ke KLINIK, dan doktorkan wife aku kena HIGH BLOOD... so, aku tak mampu nak bawak ke KLINIK SWASTA mcm sebelum2 ni.. anak2 aku sebelum ni lahir di HOSPITAL SWASTA.... dah lah aku tak ada pekerjaan masa tu, (kena buang kerja),, dah tak mampu nk bawak wife aku ke tempat PRIVATE, dan langkah yang aku ambil bawak wife aku ke HOSPITAL KAJANG.. terus ke wad bersalin... masa ni wife aku kena TAHAN... aku sorang jer masa tu... MMG PANIK, bila doktor cakap wife u kritikal dan perlu di OPERATION utk SELAMATKAN WIFE DAN BABY DALAM KANDUNGAN.... masa tu YA ALLAH, hanya ALLAH je la yang tauuuu........


kisah, aku ni pada tahun 2007.. sambung balik, masa tengah nak tunggu DELIVERD.. aku tgk badan dan wife dah macam BELON.. hati laki mana yang bleh tahan tgk... keluar airmata JANTAN aku tanpa ku tahan-tahan lagi.. DAN ketika itu aku KESEORANGAN..... tanpa, kawan-kawan, tanpa keluarga, tanpa saudara, kawan2 aku pun DAH JAUHKAN DIRI... yer la, aku dah jadi ORANG SUSAH DAN SI PESALAH... masing2 nak jaga periuk masing la kan.... namun aku tak peduli.. masa tu aku hanya berdoa sahaja yang jadi AKTIVITI aku.... sesekali wife aku bercakap... "bang mata kabur... maaf kan dosa saya yeaa..." korang yang jantan ni kalau alami menda mcm ni.... aku nk tanya.. apa perasaan korang... KENTAL MCM MANA PUN JIWA tu... terus terang masa tu aku LONGLAI.... tak bermaya... otak STUCK JAMMED... ingat aku, perlu aku keluar sekejap sbb doktor kata lepas isyak kita buat operation... maka aku keluar sekeja dari hospital NAK ALAS PERUT... sbb ingat aku tak sentuh apa pun lagi sejak petang tadi..
tengah, aku SORANG kat RESTORAN ALYZA.. di seberang jalan hospital tggu makanan sampai.. hati aku rasa mmg tak selesa sangat dan dalam kepala ni jujur aku ckp minta di jauhkan segala yang buruk... aku dah tak tahu nak cakap mcm mana... ada HAND PHONE pun aku dah mcm orang bodoh tak tahu nk guna dan nak beritahu sapa2.. kecuali mak dan ayah aku utk jaga anak2 aku.... dalam waktu makanan tak sampai lagi, aku dah mula tak sedap badan mikirkan WIFE aku... langsung aku bayar jer duit minuman dan makanan aku biarkan jer.... berlari-lari anak aku hala ke wad bersalin.... smpi je ka wad.. masa tu belum maghrib lagi.. ada nurse... U PERGI MANA.... wife u dah ke bilik operation... YA ALLAH!!! dalam hati aku menjerit.. habis aku kerah kan tenaga berlari cari bilik operation... ntah mcm mana aku lari tanpa arah dan tak tahu langsung bilik tu kat mana... tapi mcm ada orang yang kasi ARROW dan bagi laluan masa aku berlari.. yeeaa mmg betul dan jelas depan mata aku.... laluan aku sempurna masa tu... dan dlm hati mohon pada ALLAH pertemukan aku dgn ISTERI aku.... dari jauh syukur sempat lagi aku.. bila tgk wife aku dah hampir2 masuk bilik tuuuu.. dan doktor tu nampak dan berhenti... sampai jer, aku peluk isteri ku dan salam tangan dia yang lemah dan kuar ayat kali ke-dua dari mulut dia...."bang, maafkan segala dosa saya....) mmg aku tak boleh terima ayat2 mcmtu dalam keadaan situasi yang SESAK NAFAS..... korang NILAI  la sendiri... bukan aku nk buat STORY... ni kisah benar aku..........


masa tu lah, aku dah mcm ilang arah npk semuanya sunyi dah pinar2... aku dah jadi BISU,, bila wife aku di tolak masuk bilik tuu... aku tak tahu nk duduk mana... dan aku teringat nak ke SURAU,, lalu aku melangkah kaki ke SURAU dalam hospital kajang... sampai surau baru jer jemaah selesai solat MAGHRIB,,, aku ambil wudhu dan SOLAT WAJIB dan SOLAT SUNAT.... selesai solat sunat, aku hanya banyak berdoa,,, dan seolah-olah aku bercakap dgn ALLAH... mengadu dengan ALLAH.... memohon pada ALLAH.. dan mcm2 lagi lahhh.... ntah berapa lama aku bercakap SORANG2... aku tercakap,,, andai selamat ISTERI dan ANAK AKU DI LAHIRKAN PEREMPUAN... aku nk letakkan nama NUR ALIYA HANI... ntah kenapa?? sbb apa?? aku pun tak jelas...... masa tu terlintas dlm kepala suruh letak nama tu......


SO, aku ringkas kan... selepas aku ada kekuatan.. aku terus ke bilik utk tahu berita... syukur, nurse maklumkan isteri encik selamat dan baby gurl pun dah selamat... tapi perlu di letakkan dalam INKUBUTOR.. kalau salah ejaan tu tolong bagi tau.. yang aku tau sebut jer.... syukur aku berulang kali... yang penting dah selamat.. dan alya duduk dalam wad selama 1 BULAN.... wife aku mggu pertama dah keluar... yang lain2 tu tak perlua lah aku nk cerita dari usia ALYA 1 hari hingga 5 TAHUN ni.... mcm karenah dia yang mana kenal tu maybe faham apa yang aku maksudkan.. mmg ALYA ni lincah, cepat belajar, sihat dan petah bercakap....


KINI, WAKTU ni,,, sekarang ni... sekali lagi hati aku cukup2 risau dan jiwa sangat2 kacau.. JAM 8 semalam bawak alya ke PAKAR AN-NUR.. utk dapatkan rawatan tentang kaki kanan dia yang sakit... doktor cakap perlu di bawa berjumpa dengan pakar tulang... sbb di khuatri jangkitan VIRUS,,, agak terpukul aku dngan jawapan doktor,,, masa tu susah nk aku gambarkan perasaan aku..... korang faham2 sendiri sudah lah.... dlm FACEBOOK aku pun dah luahkan sedikit.. dan ku ulang lagi di sini.. bukan aku nk RAIH SIMPATI.. cuma ni adalah LUAHAN HATI aku.. doktor bagi ubat tahan sakit dan tetapkan appointment dgn doktor pakar tulang pada hari KHAMIS esok.... arrghhhhh kenapa tak semalam jer atau hari ni.. mmg aku cukup2 tak selesa kalau nk tggu hari lagi........ ya ALLAH, aku mohon pada mu hilangkan sakit alya nI,, 

untuk ini, apa yang aku harapka agar ALYA sihat mcm biasa.... nak cakap lebih2 pun, esok keputusan nya... apapun aku perlu TABAH dan KUAT KAN HATI..... arghhhhhhh


ok teman-teman.... cukup smpi tu je.... dah stuck balik otak ni....... JUJUR NYA aku bukan melebihkan KASIH SAYANG aku kepada beliau berbanding HERO2 yang ada... mengenangkan SEJARAH LAMA yang penuh tersirat... semmangnya ALYA ni sumber ILHAM, sumber INSPIRASI, sumber KEMENANGAN, sumber PENAWAR ketika aku BERDUKA.... hanya itu ALYA sahaja yang ibarat sebahagian NYAWA aku... maaf kalau statement ni tak betul.. mmg semua orang ada anak kesayangan... tapi tak semua orang ada kisah DUKA di sebalik BAHAGIA.... mmg betul ada yang lebih PARAH LAGI... tapi ini HIDUP AKU.... ANAK AKU.... mmg itulah AKU...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan