INFO

Bagaimana Toksin Terjadi?


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

 


Kulit mencerminkan kesihatan dalam anda. Ia berfungsi sebagai kaca televisyen yang memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi suara memberitahu sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.Ramai yang hanya mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli vitamin, set penjagaan kulit dan juga makanan tambahan.

Namun, TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.
Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.
Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Rutin pembuangan air besar terganggu:
Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal.Terdapat mereka yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Ini kerana corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak serta kurang bersenam
Sedangkan proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Namun jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu pula, akan diserap semula dalam badan



  • Kerap sakit kepala.
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  • Susah bangun tidur.
  • Bahagian keliling mata gelap.
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit

  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  • Sinus.
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit.
  • Masalah jerawat dan banyak lagi
Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Toksin berlebihan mempengaruhi emosi:
Kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga seperti:
  • Rasa was-was/ragu-ragu.
  • Mudah berasa marah.
  • Emosional
  • Sering tidak tenang.
Toksin yang tidak dibuang menyebabkan lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi dengan baik. Ia menjadikan seseorang degil, tidak boleh duduk diam, kelam kabut dan tidak yakin dengan kebersihan.

Alternatif lain membuang toksin:
Terdapa juga cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus. Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya. Ianya agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.