Rabu, 5 Januari 2011

HARGA MINYAK NAIK LAGI!!!??

5/1/2011, jam 9:46 pagi tau... lokasi rumah la, mana lagi...


MINYAK NAIK LAGI??? ni lah yang bermain di dlm kepala hotak aku mulai malam tadi. itu pun bila ada sahabat-sahabat FB yang memaklumkan kepada aku.. hahaha.. hinggakan ada yang pesan pada aku "ZON, KAU JANGAN NAIK MINYAK" agak lucu jugak bila kawan aku cakap macam itu.. atau beliau yang DAH NAIK MINYAK...



ok lah, samaada perkara ini betul atau tidak kita tidak dapat pastikan lagi. jika di cari maklumat di HUJUNG JARI, mmg ramai sudah BLOGGER dah buat ANNOUCHMENT yang minyak naik malam ini. aku sendiri terima SMS dari teman tentang kenaikan MINYAK RON97 sebanyak 10 sen seliter pada hari RABU 5/1/2011.. kiranya hari ini lah.. now, harga RON97 seliter RM2.40 berbanding pada sebelum ini RM2.30 fuyyooo.. bertambah la LAJU KERETA AKU ini kali. Minyak tanah pun di PERKHABARKAN naik juga... harga minyak tanah pun aku dah tak pernah tahu.. 


RON95, nasib la baik kau ni masih kekal dengan harga lama. tetapi jangan lupa SEJARAH yang sudah. kebiasaannya selepas yang si RON97 naik, maka si RON95 pun ada NAFSU NAIK juga.. dia pun nak DUDUK SAMA LEVEL dgn si RON97.. hehehe tu yang minyak ni asyik naik naik naik.. turunnya ntah bila lagi..

di sini, tak perlulah aku nak menceritakan perihal STATISTIK tentang kenaikan minyak ni. korang carilah BLOG lain yang mengupas lebih terperinci dan lebih TERANG.. yang mana sebelum tukang kebun pun dah jadi PAKAR EKONOMI.. mcm aku ni hanya SALESMAN je, ckp lebih kang korang tak nak beli produk aku pulak.. ahaks... 


balik, balik semula tentang ISU KENAIKAN MINYAK ni.. apa yang sering kita lihat. ramailah si tuan-tuan punya kenderaan akan berebut ke PETROL STATION untuk kasi penuh minyak ke tangki kenderaan masing-masing. yer la kan perbezaan nya 10 sen tu bro. ni yang mana pakai minyak kuning lah. maka kesesakan di PETROL STATION tak lah seteruk mcm yang sudah-sudah. TAPI!!!! kalau lah si RON95 naik jugak, maka TOKEY MINYAK dah mula KIRA ONTONG wooo.. 


adesh, apa impaknya pada aku, pada kawan-kawan, pada orang lain, pada bukan yang lain.. pasti mcm aku berfikir "NAIK LAGI LA ROTI CANAI ini kali" heh heh heh, yesss itu lah yang sering di kaitkan tentang kenaikan minyak ni. maka secara tidak sengaja atau di paksa... ini lah yang buat ORANG NAIK MINYAK bila barang-barang keperluan naik. hu hu hu... hinggakan kawan aku pun dah pesan kau jangan naik minyak zon.. hallo, xcuse me itu aku dulu.. aku sekarang hingga saat ini aku masih lagi BELUM NAIK MINYAK.. nak tahu kenapa?


sebabnya, aku dah jarang sangat kehulu-kehilir, kejor sana kejor sini, melepak sana melepak sini.. kalau KOS BROKBAND ni naik?? sememangnya aku naik minyak lah .. hehehe aku bukan penyokong GOMEN dan bukan juga penyokong PEMBANGKANG. aku tetap dgn pendapat aku. betul atau tidak itu hak aku la kan. cuma adat belajar ni, kalau salah TOLONG lah betulkan.... bukan di maki dan di hina.. tu jea kan mudah dot com dot my..


kenapa, kalau dulu kenaikan minyak yang melampau pada zaman pemerintahan "PAK LAH" ada sahaja SAINTIS dan PAKAR EKONOMI negara mengusulkan bermacam-macam ALTERNATIF utk mengurangkan BEBAN RAKYAT... masih korang ingat tak, smpikan ada yang sanggup tebang sawit, tebang dusun dan segala mcm semata-mata nk tanam POKOK JARAK.. utk tujuan hasilkan minyak "BIOFUEL" yang boleh jimatkan minyak. dan mcm2 lah lagi penyelidikan utk cari bahan ALTERNATIF ni.


namun, dah berapa tahun hingga saat ini masih belum ada hasilnya. apa daaa cakap tara rupa bikin. habis duit rakyat berjuta-juta ke arah penyilidikan tu. sudahnya.. minyak masih lagi naik... ni kang adalah lagi lah si PAKAR-PAKAR SAINS dan PAKAR-PAKAR ALTERNATIF ambil kesempatan untuk mempopularkan PRODUCT mereka... akibatnya siapa yang susah... AKUUU JUGAKKKKK..

HOI!!!, ish dah nk marah la ni.. yang buat aku ni nak NAIK MINYAK, bukan apa korang fikirlah sendiri.. dengan KENAIKAN MINYAK ni... maka makin ramai lah yang menaikkan saham mereka, barang-barang pengguna, cukai sana sini... mana lah RAKYAT tak naik minyak.. janji bermacam-macam, habok pun habis kau telan.



pergh, nak cakap lebih pun tak guna la kan.. apapun mcm yang aku tulis tadi kenaikan minyak mungkin tidak bikin orang naik minyak, tapi di sebabkan FAKTOR-FAKTOR TEPI tadi yang buat orang menyampah dengan situasi MENGGEDIK sesetengah pihak.. sememangnya ADA PIHAK yang ambil kesempatan untuk meraih LEBIH UNTUNG.. kan kan kan..


TERBANTUT, kena fikir dua kali ni utk aku beli HARLEY, BMW E38 dan JEEP WRANGLER yang aku idamkan tahun ni... sudahnya nak bergerak pun kang tengok kocek dulu.. lepas ke tidak minyak ni.. hahahaha..... naik BASsikal la wehh... tak pun aku  nk beli KUDA.. dah tentu tak payah nak penin hal minyak ni.. parking je kuda tu kat tempat ada rumput.. pandai-pandailah dia isi perut dia kan... KOBOI EZONE.. sedap jugak tu....

ok lah geng, hanya itu lah bebelan aku pada pagi ini.. tentang kenaikan minyak ni. aku tak lah marag... aku hanya bagi pendapat aku dan bagitahu apa yang aku tahu... kalau benarlah kenaikan ini masih lagi tidak membebankan rakyat.. maka bermohon la kita agar EKONOMI kita sentiasa STABIL dan UTUH.. huhuhu.. mana-mana yang rasa tidak puas hati pasal minyak ni... renungi la diri sendiri... "kalau duit penuh di saku, maka itu bukan lah satu masalah kalau minyak naik"... fahami apa yang saya maksudkan tu yeaa








Tiada ulasan:

Catat Ulasan