Sabtu, 8 Januari 2011

EPISOD 6 - Dalam SOSAK dia Mari..

8/1/2011, Sabtu, Jam 3.00pm... lokasi bawah meja...


salam, errkkk syukur alhamdulillah kenyang aku ni... terima kasih ALLAH dengan kurniaan rezeki yang penuh kenikmatan.. pergh sekali aku punya AYAT2 jiwa alim dah keluar.


dengan, cuaca yang aku boleh katogerikan mmg selesa utk peluk bantal ajer seharian ni. dari pagi tadi hujan rintik-rintik dengan tiupan angin bersepai sana sini membikinkan aku punya mata KUYU ajer... namun ku gagahi jua utk menngetuk keypad notebook ni. ada perkara yang ingin aku kongsikan bersama kalian lah..

 
selalunya, kita sering kali di himpit kesusahan, keperitan, kebuntuan pelabagai lagi lah yang menyukarkan diri kita.. namun dalam kesukaran itu sebenarnya ada satu hikmah yang ALLAH berikan kepada kita. ketika itu lah rasa sangat2 KEBESARAN NYA yang sentiasa memberikan jalan keluar kepada kita.. dalam keadaaan kita SOSAK... ada pulak hamba ALLAH lain yang datang memberikan peluang... kenapa kenapa kenapa....

LUMRAH, ketika kita SENANG tidak pernah kita lihat kesenangan itu.. apa yang kita dapat ialah NIKMAT kesenangan itu.. tetapi bila dah SUSAH.. baru kita LIHAT kesenangan itu dan NAMPK JELAS yang kita pernah lalui kesenangan.. ini lah kita kan.. ketika senang jarang sekali kita mengingatnya.. sedangkan bila kita SOSAK.. datang lah segala bantuan yang ntah datangnya dari mana.. SUBHANALLAH...


hari ini, bertemu aku dgn seorang rakan lama di WARTA Bangi. banyak yang telah aku kongsikan bersama. dulu kami si PENJUAL IKAN dari rumah ke rumah.. kini masing-masing dah ada BISNES sendiri dengan haluan yang berbeza tapi PENCAPAIAN YANG TAK SAMA. aku lihat beliau SEMAKIN BERJAYA dalam bisnes yang di ceburi... erti kata, TUAH dia datang dulu dari TUAH AKU.. huhuhuhu


dalam, perbualan aku kali ini lebih kepada topik-topik bisnes trading dan pengalaman masing-masing dalam bidang jualan.. setiap orang ada SKILL TERSENDIRI.. dan KEPERIBADIAN juga amat penting utk jadi seorang THE BEST SALESMAN.... masih ingat aku ketika mula-mula berkecimpung dalam bidang SALES ni... mmg masa tu muka mcm muka tembok... arghhh topik ni aku bincangkan kemudian lah... kang panjang pulak nk taip... penat beb..


tika, sibuk berbual-bual dengan kawan lama ni.. beliau memberikan aku satu peluang utk jadi RAKAN NIAGA dengan mengedar dan menjual produk-produk dia. perghhh mcm mana pulak dia bleh kasi aku peluang mcm ni.. kebetulan, mmg sekarang ni aku tgh cari produk-produk lain utk aku jual secara DIRECT ataupun ONLINE.. dah memang aku ni tak ada kerja... 24 JAM FREELANCER..so ini REZEKI JANGAN DI TOLAL BROOOO... huhuhu....


bagaikan, pucuk yang aku inginkan... ulam pula yang di hidangkan.. cuma yang tak dapat lagi AYAM KAMPUNG MASAK LOMAK.. huhuhu ni lah yang aku maksudkan.. dalam keadaaan aku SOSAK dia mari berikan peluang.. ini semua kuasa ALLAH yang sememangnya kita tidak sangka-sangka.. apatah lagi dengan PROFIT MARGINS yang cukup-cukup selesa.. ini lah bisnes yang sesuai utk orang mcm aku ni.. dan bersyukur aku pada IA.. yang sentiasa memberikan aku peluang ketika aku SOSAK...


ingin juga, aku berpesan-pesan kepada MEREKA-MEREKA ni yang secara tepatnya aku tujukan kepada ANAK-ANAK MUDA yang sering bersama-sama aku... MATIKAN NIAT KAMU untuk jadi bisnesman andai DIRI TU TAK MAMPU UTK DI UBATI.. MATIKAN JUGA NIAT KAMU UNTUK JADI ORANG SENANG.... KALAU KAMU TAK MAHU HADAPI KESUSAHAN... DAN MATIKAN NIAT KAMU UTK JADI USAHAWAN... kalau NAK BERDEPAN DENGAN ORANG KAMU MALU... DISIPLIN DAN ATTITUDE KAMU haruslah di ubah.. SIKAP nak manja-manja dan di belai bukan saja menyusahkan kamu malahan DAH MENYUSAHKAN orang lain....


SOSAK, dalam keadaaan sosak kita sentiasa je menemui jalan YANG LUAR BIASA.... ada saja kita bertemu dgn orang yang luar biasa... ada juga kita akan terfikir IDEA yang tidak sengaja.. tapi semua itu adalah untuk ORANG YANG SENTIASA bijak membaca QALAM ALLAH.. tidak semua..


cukuplah smpi disini lain kali ku cerita lagi.. aku mohon kepada yang dah baca kisah ini.. tolong jadikan satu pengajaran dan ujudkan satu sempadan......









Tiada ulasan:

Catat Ulasan