Ahad, 9 Januari 2011

BEKALAN MINYAK MASAK HABIS!!??

8/1/2011, jam 12.17am... lokasi mcm biasa lah.. mana lagi


time ni aku ada rasa sikit ketidakpuashatian mengenai ISU MINYAK ni. siang tadi pergi kedai nak beli minyak.... HABIS LA BANG... adesh  pergi kedai belakang pun.. SAMA JUGAK... lahanat betol.. sudahnya aku PINJAM ngan mak aku. nasibla umah mak ni dekat, kalau tak mau aku pakai PLANTA je masak kang.....
hai, ntahlah samaada LOGIK atau tidak kita ni sebagai sebuah NEGARA PENGELUAR masih lagi kekurangan bekalan minyak masak ni. hinggakan sesetengah negeri pun di PERKHABARKAN putus bekalan langsung. astaghfirullahhala'zim AMPUN KAN MAK KASSIM... mak dah tua.. tu yang aku sangat-sangat pelik. NEGARA MAJU kekurangan minyak masak. apa ini?? tiap-tiap tahun perkara yang sama sering berlaku acapkali.. terutamanya musim perayaan. tapi ni tak tahu la RAYA apa pulak, sampai kedai pun dah HABIS STOK.. kepala bingai betui arrr... 
sawit, setahu aku lah sawit ni tak pernah pulak la tak berbuah.. FELDA, FELCRA , SIME DARBY, RISDA... apa dah mereka tebang semua SAWIT ke di gantikan TERNAK IKAN. mana kita tahu kan kan kan.. bukan la aku nk kondem mereka-mereka ni.. tapi MANA PERANAN kementerian?? perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kepada negara MAJU.. atau, perlu ke diasuh GENERASI sekarang belajar PROSES MINYAK MASAK sendiri. mcm aku tgk org kampung PIJAK KELAPA PARUT nak dapatkan santan... 


teringat, aku dengan PAK CIK ATAN yang kerja dia PIJAK hampas kelapa ni utk dapatkan santan nya... masa tu aku darjah 3 la. mmg meriah masa tu jiran-jiran kampung gotong royong bikin GEMPAK.. yang bestnya masa ada makan-makan, aku pulun kueh kuaci dgn kopi O... kemudian santan tu dorang buat apa ntah.. x silap peram kat dalam TEMPAYAN.. utk dpt kan pati nya yg keladak.. bau jgn cakap laa... rupanya mcm FLOAT.. float ni la mereka masak dan hasilkan minyak masak.... RINGKAS JER ye. nak tau lebih korang tanya PAK CIK ATAN. anak dia cun beb.. nama dia WATI..
ok, tadi tu kisah lama aku.. yang aku nk kisah sekarang ni MINYAK MASAK HABIS.. mana logik akal nya smpi minyak bleh habis ni. dah sah la ada PIHAK YANG NAK AMIK ADVANTAGE.. kalau ye ada, mmg ini pun silap KITA jugak.. dh semua SUMBER mereka-mereka sapu.. kita ni ha dah jadi pengguna setia, yang mcm lembu. di tarik kesana ikut.. di tarik kesini pun ikut... hei, jebat ingat la korang yang ada PAWWEERRR.. kuasa membeli ada pada KITA.. kenapa kita tak nk bersatu hati dan jadilah seorang pengguna yang bijak... singapura walaupun barang nya mahal, tapi KUASA MEMBELI pada rakyat sentiasa bersatu..


perkara, seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab sentiasa bersatu hati untuk menidakkan mereka yang DOMINASI kan sumber bekalan negara.. Gula, Minyak Masak, Tepung dan mcm-mcm lagi lah.. semua ada pada mereka.. akhirnya apa yang berlaku?? AKU JUGAK YANG PINJAM MINYAK MASAK kat mak aku... malu tau... malu... tak kan lah nk simpan TONG MINYAK mcm tangki minyak.. kan bangang namanya tu...
apa, yang nak aku jelaskan disini.. selagi KITA dan KEMENTERIAN tidak bertindak, maka ISU ini akan sentiasa berulang. percayalah ini akan semakin meruncing apabila SUMBER di dominasi oleh pihak-pihak berkenaan.. sebagai BUMIPUTERA, apa peranan kamu utk MERAMPAS KEMBALI HAK KAMU... atau KITA biarkan aje mereka SEDUT LEMAK kita ni haaaa.... 

ayuh, bangkitlah SEMUA dan jadikanlah KUASA PEMBELI itu sebagai senjata utama kita.. kalau tak nak support melayu pun.. sekurang-kurangnya supportlah diri sendiri.... KITA MAJORITY bebbb kan gitu..
rumusannya, BERTINDAK LAH CEPAT SEBELUM KITA SEMUA KENA LIPAT..

2 ulasan: