Khamis, 2 September 2010

MASA BERLALU DENGAN CEPAT

SALAM KEPADA TEMAN-TEMAN...

dalam tak sedar kita telah 3 minggu berpuasa dan minggu ini adalah minggu yang terakhir untuk kita sampai ke SYAWAL. di fikirkan semula memang ntah apa-apa ntah yg kita DAH LAKU kan sepanjang minggu ini. samaada rutin berjalan seperti biasa atau pun luar biasa.. yang menjadi luar kebiasaan adalah BUDAYA PEMAKANAN yang agak melampau... termasuk lah diri aku sendiri.. yang sememangnya PELAHAP.. hahahaa

lihat lah di mana-mana pun.. kemeriahan menyambut syawal kini semakin rancak dan hampir lupa tentang wujudnya RAMADAN. aku pun sama juga.... yang kaya memperhabih kan duit. yang sederhana berbelanja ala kadar aje. yang miskin cukup sekadar apa yang ada. yang MISKIN TEGAR mengharapkan ihsan dari KITA. ish ish aku nak buat apa pula yea.. masa semakin pantas berlalu ni.. ZAKAT FITRAH belum ku langsaikan lagi.. petang ni kot atau esok ajer lah lepas solat jumaat.

MASA SEMAKIN pantas.. sama ada sedar atau tidak lagi 4 bulan masuk tahun baru 2011. lagi PANIK.. eh apa yg dah aku capi yea... anak2 semakin dewasa dan semakin memerlukan KEPERLUAN HARIAN yang semakin meningkat.. cepatnya MASA BERLALU kan...


BUSINESS.. apa bisnes yang aku buat ni. ke hulu ke hilir... duk rumah tgk TV layan FB dan segala mcm lah yang nampak KEBIZIAN tu tahap melampau.. hinggakan waktu tidur pun x cukup.. sibuknya la kan... MASA jugak yang berlalu mcm tu aje.. mmhhhh andai ku miliki semalam.... dah lagu amy pulak daaa..

MASA DEPAN.... bagaimana la masa depan aku, keluargaku dan anak-anak aku... oh MASA BIGITU PANTAS... namun pergerakan kita tidak sepantas itu... KOS SARA HIDUP semakin meningkat.. akhirnya KITA SEMUA menemui jalan yang buntu... MASA?? masa jugak yang kita perlukan...

Sedarlah MASA bukan boleh di jual beli.... x ada siapa nak melarang KITA buat apa aje.. sudahnya.. KITA TERLEPAS PELUANG.. PELUANG YANG AMAT BERHARGA... apa yea??

MASA KITA BANYAK TERBUANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan