Rabu, 16 Februari 2011

EPISOD 8 : HIDUP MESTI MAHU "HAPPY"..

jam 7:14am, 16/2/2011 lokasi umah...

salam manis buat rakan-rakan dan pembaca semua...

ako sibuk

sekian lama aku tidak UPDATE BLOG ni utk membebel apa sahaja kisah yang aku mahukan.. lazimnya aku lebih suka bercerita mengenai isu semasa, perkembangan diri sendiri. tentang pandangan, pengalaman dan apa sahaja yang aku inginkan.. asalkan ianya memberi aku sedikit KELEGAAN apabila dapat meluahkan segala yang bersarang di hati dan otak... tapi SIAPAKAH AKU?? penting sangat ke aku ni.... hahahaha perasan bagus la ni kan...


baik lah, apa pun kisah yang berlaku.... samaada semalam, dulu semalam, hari ini, esok atau lusa.. apa yang aku utamkan adalah "hidup mesti mahu happy".. che wahhh.... apa? selama ini aku tak happy ker?? inilah persoalannya.. seringkali kita di himpit dengan PELABAGAI perkara yang mengetatkan muka-muka kecerian kita.. bukan aku.. secara kasarnya, semua manusia di muka bumi ini pasti sentiasa TERHIMPIT.. sedangkan jika di fikir semula.. HIDUP INI AMAT MUDAH.. "buat apa yang di suruh, tinggalkan apa yang dilarang".. mudah kan....


ya, mudah sebenarnya... tapi apa yang berlaku tidak semudah di katakan... sebab apa yer? sebab manusia TAK PERFECT.. ni lah ALASAN yang sering terpacul di mulut masing-masing.. tiada manusia yang sempurna.. XCUSE ME.. aku mmg tak bleh terima dengan ayat tu.. piiiraaaahhhh.. sendiri mahu fikirlah... TUHAN dah jadikan manusia ni CUKUP SEMPURNA SIFAT NYA... walaupun ada yang CACAT FIZIKAL NYA... namun cukup sihat AKAL nya..


mmg.. aku tak faham kenapa kita ni tak boleh hidup secara aman dan sentiasa HAPPY... kita sememangnya ada hak untuk nikmati kegembiraan dan kebahagian... untuk apa menghadapai KESEDIHAN dan kekecewaan.... sedangkan hidup di muka bumi ni bukanlah lama mana sangat.. tak tahulah.. kalau ada manusia alaf ini usianya boleh mencecah beribu tahun... andai ada pun.... untuk apa pulak nk hidup beribu tahun... DENGAN hidup yang singkat ini lah kita perlu nikmati kehidupan yang sebenarnya....


ya lah.. hidup kau hidup aku berbeza... tu lah yang selalu di perbandingkan sesama sendiri.. nak membezakan taraf kehidupan masing-masing... dan seringkali MEREKA YANG KAYA ini pasti happy selalu... dari segi material, itu aku setuju... tapi JIWA MEREKA siapa yang tahu... belum tentu HAPPY ni wajib ada pada golongan yang kaya-raya ni.... cuba lihat sekeliling kamu... ada yang miskin harta... tapi mereka mempunyai sebuah kehidupan yang sangat-sangat BAHAGIA dan sentiasa HAPPY aje... huhuhuhu semulajadinya bila mereka mengukirkan sebuah senyuman..... mmg berseri dan berseni... alamak... apa ini ayat aku bikin daaaa... maksud aku.. HAPPY mereka sangat semulajadi....


sedar.... atau tidak renungi pada diri sendiri... apa yang kamu hadapi sekarang.. situasi yang bagaimana dalam hidup kita sekarang... bahagia atau tidak kita sekarang.... senyuman yang macam mana kita sering lemparkan... life style mcm mana yang kita harapkan.... pergh secara pro n kontranya.... ZAMAN ini hidup kita sentiasa berdepan dengan TEKANAN.... maka hidup kita tidak seperti yang di harapka. teman-teman rapat aku sendiri, aku lihat mereka bertungkus lumus mencari kegembiraan. mengejar WANG utk beli kebahagian. akibatnya sentiasa berhadapan dengan TEKANAN... ini lah yang berlaku pada generasi sekarang...


apabila.. sebahagian masa di penuhi dengan rutin harian pengejaran wang.. maka hilanglah fokus utk nikmati NILAI HIDUP yang sempurna. otak sentiasa mencari jalan.. dimana aku nk cari WANG.. bukannya di gunakan otak itu utk mencari SEBUAH KEHIDUPAN yang penuh dengan kegembiraan... kita seringkali tergelincir dari ARAH TUJUAN sebenar apabila hilang pertimbangan diri.. yang akhirnya sebahagian hidup di sia-siakan begitu saja.... aku sendiri akui.. zaman silam aku banyak ku buangkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.. IMPAK nya atas perbuatan aku yang lepas.. aku kehilangan banyak nilai-nilai kehidupan yang SEPATUTNYA lebih layak untuk aku... mmg aku selalu berasa menyesal... tetapi TIDAK SEKARANG... aku rasa HAPPY dengan apa yang aku ada sekarang ini.. aku cukup-cukup happy dengan apa yang aku lakukan kini.... kenapa yerrrr???

 
kenapa.... hanya yang menyedari sahaja tahu apa yang aku maksudkan.. sebenarnya KUNCI HAPPY ni ada pada diri sendiri. kita sendiri yang mencorakkan hidup kita sebenarnya.. dan kita juga la yang perlu membuat pilihan, hidup yang mcm mana yang kita mahukan.. bukan seperti mereka yang selalu berangan tapi mimpi di siang malam... inilah yang seringkali terjadi.. kita tidak tahu membezakan IMPIAN dan ANGAN-ANGAN.. dan selalunya kita tidak mempunyai IDENTITI tersendiri.. seringkali hari tu berkata "aku ingin jadi mcm dia lah"... oiii.... tgk diri tu.. kau tu sapa beb. cari dan bikin sendiri la hidup kamu.. jangan ikut kan cara orang lain.. 


hidup.. mesti mahu happy dan segala masalah tolak tepi... dengan cara itu.. aku yakin kita sentiasa sahaja menemui jalan kegembiraan... jika hati ini sentiasa happy... maka secara OTOMATIK nya kita sentiasa tenang menghadapi segala dugaan dan rintangan.. sentiasa SENYUM saja walaupun ada masalah... secara PSIKOLOGI nya.. orang lain akan cukup rasa hairan melihat kamu ni HAPPY jee.... dan mereka sendiri sentiasa mengkaji diri kita.. di situlah KUNCI KEBAHAGIAAN.. dari kecil lagi kita ni di sogok... andai KUAT AGAMA... maka kita akan terjamin di akhirat... pada aku ini masih lagi GHAIB dan atas ketentuan ALLAH nak bagi kita apa.... ganjaran kemudian hari itu adalah di luar kemampuan dan pengetahuan kita...


sementara.. hidup di muka bumi ini, carilah kegembiraan itu dalam apa jua bentuk yang kamu mampu lakukan.. cari sesuatu yang sesesuai dengan minat dan jiwa kamu. dari situ lah kita akan menghasilkan satu nilai kehidupan yang cukup menyeronokkan... dan memberikan kita satu kebebasan. mcm apa yang aku alami sekarang.. baru sekarang aku SADAR,, rupanya MINAT aku yang memberikan hasil yang tidak di sangka-sangka. selalunya mmg kita tidak menyedari KEHEBATAN diri kita sendiri.. itu pasal aku seringkali berpesan kepada mereka.. kenali potensi diri..


baik lah... apa yang ingin aku sampaikan secara umumnya adalah mengenai HIDUP MESTI MAHU HAPPY.. apabila hati mengalami proses kegembiraan.. maka diri kita akan sentiasa positif dan sentiasa bertenaga utk jalani rutin harian.... sbb HATI memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak hidup kita... bayangkan jika kamu sedang bersedih.. maka akan datanglan segala penyakit yang bertaut dalam hati.. buat tu tak kena.. buat ni tak kena dan mcm2 lah.. mcm org putus cinta.. sendiri fikirlah... maka JAGALAH HATI ANDA,,,, huhuhu,,

apa pun... ini adalah pandangan aku saja yer... logiknya mmg itu lah HIDUP....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan