Khamis, 27 Januari 2011

HALUAN DIRI

27/1/2011, jam 8.00am.. lokasi RUMAH lagi daaa..

 
salam kepada teman2 semua... ini hari dah 27hb January.. lagi beberapa hari habis sudah pada bulan pertama 2011,,, pertama kalinya aku TERTANYA SOALAN pada diri sendiri.. apa yang dah aku BUAT?? apa yang daha aku LALUI?? apa yang dah aku LAKUKAN?? apakah PERUBAHAN yang aku lakukan?? banyak persoalan sebenarnya... tapi itu lah yang ASAS..


bila, ku renungkan semula.. banyak juga peristiwa yang berlaku pada bulan ni... setelah di campur di tolak di terajang di bahagi di darabkan... maka secara umumnya HIDUP AKU ada banyak perubahan. yesss perubahan yang mcm mana yerk.. itu nanti lah aku STRORY.. dan aku juga AMAT HAPPY dengan apa yang aku lakukan... dan aku juga dah LETAK KAN DIRI AKU di landasan yang DAH HAMPIR TEPAT... dan aku juga dah BERTINDAK tanpa ada kesian-kesian lagi pada mereka-mereka ini.. dan aku dah bawa HALUAN DIRI seperti mana aku yang ketika dulu cukup SINONIM dengan DUNIA YANG KEJAM... hehehehe dia punya bunyi GEMPAK.. tapi hanya mereka yang RAPAT dengan aku sahaja mengerti apa yang aku maksudkan...


HALUAN DIRI, yer kini aku membawa haluan diri keseorangan tanpa di temani sesiapa pun.. melainkan hanya ada seorang yang sgt2 rapat dengan aku kini TIDAK JEMU memberikan sokongan.. apa pun ANJAKAN PARADIGMA yang ingin kita lakukan, pasti ada yang menyokong di sebalik tadbir.... teman yang RAPAT inilah sebagai satu sumber INSPIRA... apa aku nk beli INSPIRA ke kali ni... eh tidak lah.. E38 tetap idaman aku... itu JANJI yang dah aku pahatkan dalam BLOG ni.. kenapa E38?? sbb HALUAN AKU tak sama dengan korang lah..... apa daaaa


kemana,,, seringkali kita bertanya kepada diri, kemana haluan aku ni.. silap tu... sepatutnya tanya pada diri.. LEPAS NI AKU NK KESANA.. dah kesana AKU NK KESINI.. dah kesini AKU NK KE SITU... dan kesitu AKU NAK KE SANA LAGI... baru kita nampak HALA TUJUAN kita tu... tapi acapkali... kepala hotak asyik berangan tak sudah.. IMPIAN MENGGUNUNG, kata2 cukup DEDOR, analisis mengalahkan PAKAR EKONOMI, bercakap SGT GEMPOK... tapi halatuju masih tak jelas.. NAMPAK dan JELAS satu makna yang berlainan.... mata mmg nampak tapi TAK JELAS.. mcm tu lah dengan matlamat. kita nampak matlamat tu... tapi masih TAK JELAS dengan IMPLEMENT... patah la balik dan jangan di teruskan perkara yang di luar kemampuan ANDA....


apa la aku ni,,, mcm la PAKAR MOTIVASI kan kan kan... sedangkan hidup aku pun masih TELONGGANG sibuk nak nasihatkan orang... ni lah yang dikatakan"cakap ada rupa, bikin tara juga"... hehehe korang pernah dengar tak ayat tu... kalau tak pernah dengar maknanya mmg itu ayat dari aku lah... ok, tidak semestinya org yang bodoh ni TIDAK BIJAK.. dan ada juga orang yang BIJAK ni TIDAK BODOH... dan "kita ni manusia".. itu lah alasan yang utk menepiskan diri dari TERJEPIT.. seringkali ungkapan itu dikeluarkan pada LAST MINUTE.. kenapa.?? apa selama ini korang ni tak sedar kah sejak lahir lagi di lahitkan sebagai manusia...


aku dah melalut ni... ok, balik pada perihal HALUAN DIRI.. buat pertama kalinya setelah beberapa tahun aku NEKAD utk melakukan sesuatu yang berbeza dari rakan-rakan muda yang lain... bukan berarti aku melepaskan mereka semua ini... cuma aku ingin lakukan sesuatu yang berlainan dari mereka... dan aku amat yakin dengan HALUAN aku ni adalah haluan yang cukup-cukup hampir dengan IMPIAN DAN SASARAN aku.. nasihat dan ilmu tetap aku kongsi bersama-sama mereka... biar mereka sendiri faham apa yang aku maksudkan... tidak semestunya BENDA YANG mudah itu adalah mudah... benda yang senang itu adalah senang... adakalanya yang SUKAR ni lah senang di lakukan... itu HUKUM ALAM... QALAM.. siapa yang tahu?? membawa haluan diri bukan bermaksud kita KECEWA... tapi aku ada IMPIAN yang aku capai pada ini tahun dan tahun seterusnya.... sejauh mana HALUAN aku, itu tak boleh aku nk ckp la... yang pastinya CUKUP-CUKUP gempokkkkkkkkkkkkk....


haluan, ingin sekali aku nyatakan disini.. hingga saat ini aku jelas dengan HALUAN aku.. cukup mudah, cukup selesa, cukup tenang, cukup lega, cukup santai dan pelabagai lah... yang TAK CUKUP hanyalah masa tidur ajer daaaa... aku tetap dengan dunia aku... tak perlulah aku nk ikut2 dunia mereka ni.. cukup sekadar berkongsi IDEA dan PENGALAMAN di meja lepak sudahh.... adakalanya aku cukup hairan.. kenapa terlalu sangat XCITED dengan perkara yang MUDAH?? semua orang nak mudah... termasuk lah aku sendiri.. tapi yang paling BAGUS pada aku lah, perkara yang SUKAR kita boleh perMUDAHkan.. itulah yang terbaek... cukup yakin dengan EXIT PLAN?? sudahnya?? hampasssss....


OK geng, kesimpulannya apa yang nk aku sampaikan... untuk menetapkan HALUAN DIRI haruslah di ukur juga kemampuan diri,,, setting arah haluan tu dahulu,, persiapkan diri dengan KOMPAS HALUAN,,, perbetulkan dulu ARAH PERJALANAN,, perhatikan dulu APA JUA RINTANGAN,, persediaan yang CUKUP LENGKAP... ibarat mendaki gunung nuang.. dah lengkap semua,,,,, barulah BERGERAK dan REDAH segala onak dan duri... ingatlah.. apapun HALUAN yang kita tetapkan... makan adalah juag RINTANGAN... bukan semua orang boleh hadapi semua ini... tapi harus juga di tempuhi.. ramai yang kecundang ketika sampai 1 LEVEL yang mana CASH FLOW dah tergelincir....


dan ingin aku sampaikan PESAN kepada kawan-kawan, ingatlah jangan perlekehkan perkara yang SUKAR dan jangan TAKSUB perkara yang mudah.. utk memperolehi kejayaan dan mencapai IMPIAN YANG MENGGUNUNG... hanya perlu PERBETULKAN DIRI SENDIRI.... kajidiri...

baiklah.... aku dah perhabiskan 40 minit untuk kisah kali ni.... maaf kalau dh buang masa korang dengan bebelan aku ni yerrrrrr


DAN JANGAN SESEKALI PERSALAHKAN TAKDIR SEKIRANYA KAMU TEWAS... SEMEMANGNYA ITU ADALAH LAYAK UNTUK KAMU..... 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan